Tuesday, October 26, 2010

Surat Kiriman

Fadilah Bte Yunos
Blk 183 Jalan Kembangan
#02-123
Singapura 100183


01 Jun 2010


Pegawai Perhubungan Awam
Majlis Bandaran Taman Anggerik
Blk 20 Jalan Kembangan
#01-44
Singapura 490020

Tuan/Puan
Perkara: gerai pasar malam tidak menghiraukan tentang kebersihan.

Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin membuat aduan tentang kebersihan yang tidak dihiraukan oleh penjaja makanan. Saya amat prihatin tentang perkara ini kerana kesihatan pembeli makanan itu akan terjejas. Selain daripada ini, ia juga akan mengundang binatang-binatang kecil seperti lipas dan tikus.Akhir sekali, penjaja itu juga tidak menjaga kebersihan sendiri. jika ini dibiarkan, saya rasa akibat-akibatnya akan menjadi lebih teruk sekali.



Sebab yang pertama, penjaja makanan ini membuang makanan sembarangan. Jika makanan ini dibuang sembarangan, ia akan mengundang binatang-binatang kecil seperti lipas dan tikus. Ini akan mengundang perasaan kurang selesa kepada pembeli itu. Contohnya, jika mereka ternampak lipas ataupun tikus di gerai itu, tentunya, pembeli itu akan membeli makanannya di gerai-gerai yang lain.



Sebab yang kedua pula, lipas dan tikus membawa kuman bersama mereka. Kuman ada bersama mereka kerana lipas dan juga tikus itu tinggal di tempat yang kotor. Jika lipas dan juga tikus itu pergi ke gerai makanan, kuman-kuman itu akan jatuh ke makanan itu. Jika pembeli tiu membeli di gerai yang seperti ini, mereka akan cepat jatuh sakit. Contohnya, sedara saya pernah beli makanan dimana tempatnya sungguh kotor dan pada keesokkannya, sedara saya jatuh sakit. Saya tidak ingin perkara ini berlaku lagi kepada sesiapa.



Sebab yang terakhir pula, penjaja itu juga tidak menjaga kebersihannya sendiri. Penjaja itu tidak memakai sarung tangan apabila dia sedang memasak makanan itu. Ini akan mengundang kuman-kuman untuk pergi ke makanan yang dimasak itu. Contohnya, pernah sekali, penjaja itu tidak mencuci tangan dia dan tidak memakai sarung tangannya lalu memasak makanan itu. Jika perkara ini tidak dicegah, ramai orang akan mendapat keracunan makanan.

Saya sarankan bahawa tuan menyuruh pihak tuan untuk membuat rondaan di pasar malam ini. Jika pihak tuan ternampak penjaja itu melakukan perkara yang saya telah sebutkan diatas, pihak tuan boleh memberi amaran terhadap mereka. Tetapi jika mereka berterusan untuk melakukan perkara tersebut, pihak tuan boleh menyaman mereka. Pihak tuan juga boleh membuka kursus untuk penjaja ini supaya penjaja ini tidak mengulang apa yang mereka lakukan.

Akhir kata, saya harap Tuan mengambil tindakan yang sewajarnya.Tuan juga boleh menghubungi saya di talian 98206544 jika Tuan ingin penerangan yang lebih lanjut. Kerjasama tuan dan pihak tuan, saya dahulukan dengan terima kasih.

Yang benar
Fadiah..
(Fadilah Bte Yunos)