Tuesday, October 26, 2010

Surat Kiriman

Fadilah Bte Yunos
Blk 183 Jalan Kembangan
#02-123
Singapura 100183


01 Jun 2010


Pegawai Perhubungan Awam
Majlis Bandaran Taman Anggerik
Blk 20 Jalan Kembangan
#01-44
Singapura 490020

Tuan/Puan
Perkara: gerai pasar malam tidak menghiraukan tentang kebersihan.

Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin membuat aduan tentang kebersihan yang tidak dihiraukan oleh penjaja makanan. Saya amat prihatin tentang perkara ini kerana kesihatan pembeli makanan itu akan terjejas. Selain daripada ini, ia juga akan mengundang binatang-binatang kecil seperti lipas dan tikus.Akhir sekali, penjaja itu juga tidak menjaga kebersihan sendiri. jika ini dibiarkan, saya rasa akibat-akibatnya akan menjadi lebih teruk sekali.



Sebab yang pertama, penjaja makanan ini membuang makanan sembarangan. Jika makanan ini dibuang sembarangan, ia akan mengundang binatang-binatang kecil seperti lipas dan tikus. Ini akan mengundang perasaan kurang selesa kepada pembeli itu. Contohnya, jika mereka ternampak lipas ataupun tikus di gerai itu, tentunya, pembeli itu akan membeli makanannya di gerai-gerai yang lain.



Sebab yang kedua pula, lipas dan tikus membawa kuman bersama mereka. Kuman ada bersama mereka kerana lipas dan juga tikus itu tinggal di tempat yang kotor. Jika lipas dan juga tikus itu pergi ke gerai makanan, kuman-kuman itu akan jatuh ke makanan itu. Jika pembeli tiu membeli di gerai yang seperti ini, mereka akan cepat jatuh sakit. Contohnya, sedara saya pernah beli makanan dimana tempatnya sungguh kotor dan pada keesokkannya, sedara saya jatuh sakit. Saya tidak ingin perkara ini berlaku lagi kepada sesiapa.



Sebab yang terakhir pula, penjaja itu juga tidak menjaga kebersihannya sendiri. Penjaja itu tidak memakai sarung tangan apabila dia sedang memasak makanan itu. Ini akan mengundang kuman-kuman untuk pergi ke makanan yang dimasak itu. Contohnya, pernah sekali, penjaja itu tidak mencuci tangan dia dan tidak memakai sarung tangannya lalu memasak makanan itu. Jika perkara ini tidak dicegah, ramai orang akan mendapat keracunan makanan.

Saya sarankan bahawa tuan menyuruh pihak tuan untuk membuat rondaan di pasar malam ini. Jika pihak tuan ternampak penjaja itu melakukan perkara yang saya telah sebutkan diatas, pihak tuan boleh memberi amaran terhadap mereka. Tetapi jika mereka berterusan untuk melakukan perkara tersebut, pihak tuan boleh menyaman mereka. Pihak tuan juga boleh membuka kursus untuk penjaja ini supaya penjaja ini tidak mengulang apa yang mereka lakukan.

Akhir kata, saya harap Tuan mengambil tindakan yang sewajarnya.Tuan juga boleh menghubungi saya di talian 98206544 jika Tuan ingin penerangan yang lebih lanjut. Kerjasama tuan dan pihak tuan, saya dahulukan dengan terima kasih.

Yang benar
Fadiah..
(Fadilah Bte Yunos)

Thursday, August 19, 2010

Karangan Deskriptif - Sambutan Hari Kebangsaan Di Sekolah.









Pada 06 Ogos 2010, sekolah kami menyambut hari Kebangsaan Singapura. Rakyat-rakyat Singapura akan menyambut Hari Kebangsaan pada setiap tahun. Kami menyambutnya kerana kami harus ingat bilakah Singapura mencapai kemerdekaan. Hari kemerdekaan ini sungguh penting kerana hari inilah, baru kami menjadi negeri yang merdeka. Pada awalnya, semua negara yang berdekatan dengan kami mempunyai fikiran bahawa Singapura tidak dapat bertahan selama beberapa tahun yang akan menjelang. Walaupun kami tidak mempunyai cukup sumber daya alam, semangat rakyat-rakyat Singapura tidak pernah musnah. Dengan ketua Singapura ynag sungguh berwawasan, sekarang Singapura sudah menjadi negara yang moden dan selamat.

Semua rakyat-rakyat Singapura akan menyambut Hari Kebangsaan Singapura pada setiap tahun. Mereka boleh menyambutnya dengan pelbagai-pelbagai cara. Ada yang pergi ke perbarisan yang telah dianjurkan oleh pihak-pihak ynag tertentu. Ada juga ynag menyambutnya di sekolah dan ada juga yang melihat perbarisan ini di televisyen dengan empat bahasa yang berlainan iatu Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Bagi saya, saya menyambutnya di sekolah. Malangnya, saya tidak dapat melihat perbarisan yang dijalankan oleh kumpulan-kumpulan yang berseragam seperti ' NCC, NCDCC, NPCC dan juga SAINT JOHNS ' kerana saya telah melibatkan diri dalam persembahan yang telah dipersiapkan oleh cikgu-cikgu kami. Walaupun saya tidak dapat melihat perbarisan itu, saya pasti mereka telah melakukan perbarisan itu dengan baiknya. Ketika mereka sedang mengadakan perbarisan itu, saya berada di sebuah bilik untuk menyiapkan diri untuk persembahan nanti. Rasa gembira meluap di dada saya kerana saya dapat mempersembahkan sebuah tarian untuk sekolah sempena Hari Kebangsaan.

Menengah satu dan dua sudah pun tiba di dewan untuk pertunjukkan yang akan diadakan oleh penari-penari dan penyanyi-penyanyi. Menengah tiga, empat dan lima pula sedang mengadakan permainan antara kelas seperti bola keranjang, bola kapten dan bola sepak. Bila tiba masanya untuk saya dan rakan-rakan untuk mempersembahkan tarian kami. Saya rasa sungguh ghairah pada masa itu. Setelah persembahan kami habis, menengah tiga, empat dan lima pula naik ke dewan untuk penyampaian hadiah yang akan diadakan. Walaupun kelas saya tidak memenangi sebarang permainan itu, saya tahu dan saya percaya bahawa kelas saya sudahpun cuba sedaya-upaya kami untuk memenangi permainan itu tetapi malangnya, kami tidak memenangi sebarang permainan itu. Setelah acara penyampaian hadiah, kami pun menonton sebuah filem tentang sejarah Singapura.

Ketika filem itu habis, saya rasa bahawa Singapura telah berjaya. Ketua-ketua Singapura telah pun bekerja keras untuk menghadapi cabaran-cabaran yang sungguh mencabar. Tanpa ketua-ketua ini, Singapura akan tetap jadi pulau nelayan sahaja. Selepas sahaja persembahan yang terakhir iatu acara menyanyi. Cikgu-cikgu pun suruh kami turun dewan dan balik. Semua yang telah mempersembahkan persembahan mereka, mereka harus letak kembali apa yang mereka gunakan. Selepas itu baru kami boleh pulang.

Saya rasa sungguh bangga untuk menjadi seorang rakyat Singapura kerana Singapura adalah negara yang harmonious. Singapura pun juga adalah yang selamat. Saya akan taat kepada Singapura, negaraku yang tercinta. (:

Thursday, August 12, 2010

Surat Kiriman Rasmi (:

Afiqah Binti Ramli
Blk 33, Jalan Mengkudu
#05-50
Singapura 330033

13 Ogos 2010

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap
20 Jalan Insaf
Singapura 780301

Tuan
Perkara : Rayuan agar perkhidmatan tidak dihentikan.
Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin membuat rayuan kepada syarikat anda. Syarikat anda telah menghentikan perkhidmatan bas yang selalunya melalui kawasan tempat tinggal saya. Saya rasa dengan perkara yang syarikat anda telah lakukan, ia telah mengundang banyak kesukaran kepada penduduk-penduduk disini. Ada beberapa sebab yang menimbulkan kesukaran ini.
Sebab yang pertama adalah kedai-kedai seperti pasar sebarneka dan pasar basah terletak jauh dari kawasan tempat tinggal saya. Tanpa perkhidmatan bus dikawasan tempat tinggal saya, ia menimbulkan masalah bagi saya dan penduduk-penduduk yang lain. Jika perkhidmatan bus ini diberhentikan, saya dan juga penduduk-penduduk di kawasan tempat tinggal saya akan ada kesukaran untuk sampai ke pasar-pasar tersebut. Ini juga akan menimbulkan perasaan yang tidak selesa.
Sebab yang kedua pula adalah jika perkhidmatan bus ini diberhentikan, pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan tidak dapat pergi ke sekolah tepat pada waktunya. Ini kerana jika perkhidmatan bas diberhentikan. Pelajar-pelajar harus pergi sekolah dengan menaiki teksi. Tambang teksi juga mahal harganya. Lagi-lagi jika pelajar itu sekolah jauh dari kawasan tempat tinggal mereka. Pelajar-pelajar ini juga harus bangun pagi-pagi untuk mendapatkan teksi pada pagi hari kerana dikawasan tempat tinggal mereka sukar untuk mendapatkan teksi.
Sebab yang terakhir pula adalah jika seseorang itu bekerja di tempat kawasan tinggal saya, mereka juga akan mendapat kesukaran. Jika mereka menaiki bas, mereka harus turun jauh dari kawasan tempat tinggal saya dan harus jalan jauh. Jika mereka pulang dari kerja, mereka juga harus jalan jauh untuk menaiki bus. Mereka akan berasa lebih penat kerana harus jalan lebih jauh dari yang biasanya. Jika orang tua yang bekerja di kawasan tempat tinggal saya, bagaimanakah dia akan jalan jauh untuk ke kerjanya.
Akhir kata, saya harap Tuan mengambil berat tentang rayuan saya agar ia boleh membawa kesenangan kepada semua penduduk-penduduk yang tinggal di Jalan Mengkudu. Saya juga berharap Tuan akan menyambung semula Perkhidmatan Bas Cekap. Jika Tuan mempunyai sebarangan pertanyaan, Tuan boleh menghubungi saya di talian 91206763. Terima Kasih.
Yang benar,
AFIQAH Ramli.
(Afiqah Binti Ramli)

Tuesday, August 3, 2010

[C]rop [C]ircle .

Crops Cirles - Lingkaran Tanaman.

Crops Circles juga boleh dikenali sebagai Lingakaran Tanaman. Ia dipercayai bahawa makhluk asing yang bertanggungjawab atas kejadian yang ajaib ini. Ia adalah mustahil jika seseorang manusia boleh melakukan perkara ini selama satu malam sahaja. Ada orang yang kata bahawa perkara ini akan berlaku cuma hanya pada ladang tanaman yang luas kerana potongannya sendiri sungguh besar sekali. Mereka juga kata bahawa potongan bergambar ini tidak ada di ladang-ladang yang tersebut. Sebenarnya, potongan-potongan ini telah wujud sebelum zaman kamera tetapi cuma manusia sahaja tidak dapat mengenal pasti bahawa ini dilakukan oleh manusia ataupun makhluk asing.


Potongan Gambar yang menyerupai makhluk asing.



Disebalik potongan-potongan yang bergambar ini, ada juga cerita-cerita menarik. Salah satu cerita yang menarik adalah tentang seseornag petani. Ia dipercayai bahawa petani yang tamak ini tidak mahu bayar apa yang patut dia bayar. Bukan itu sahaja, petani ini juga pemalas orangnya. Pernah sekali dia kata bahawa dia lebih rela syaitan yang melakukan kerjanya daripada dia penat menghabiskan kerjanya. Pada keesokan harinya, dia mendapati bahawa semua tanaman yang sudah pun subuh. Bukan itu sahaja, ada gambar yang dipotong di tanaman ini. Ini adalah cerita yang paling menarik perhatian saya. Tetapi soalannya, bolehkah kita percaya dengan cerita-cerita yang dipamerkan di lelaman web.
Seorang ahli kriptologi berkata bahawa potongan ini ada kaitan dengan sejarah-sejarah lama . Selalunya , potongan ini adalah bulatan-bulatan yang besar dan kecil yang dicantum. Ada juga kata bahawa potongan-potongan ini ada kaitan dengan sejarah mesir tetapi tiada satu yang boleh membuktikan yang potongan-potongan ini ada kaitan dengan sejarah mesir. Bukan ini sahaja , potongan-potongan ini semakin banyak di merata-rata tempat seperti 'Europe, UK, Africa, Canada, Australia, Central and Southern America, Russia and Japan' . Dalam kesimpulannya, 'Crop Circle' ini memang mucul tetapi tiada siapa yang tahu siapa yang sebenarnya yang buat 'Crop Circle' itu . Kalau manusia, bolehkah manusia menghabiskan 'Crop Circle' yang besar dan luas itu pada satu malam sahaja ? Tidak mungkin. Jika makhluk asing, yang ini, saya tidak dapat menjelaskan dengan jelas kerana penyelidikan saya tidak begitu tepat. Dengan maklumat yang saya dapat ini, saya dapat menjawab soalan-soalan yang saya ada diminda saya.
Suzanne Taylor berkata bahawa jika 'Crop Circle' ini bukan dibuat atau dilakukan oleh manusia, mesti ada 'orang' yang membuat dan melakukannya. Tetapi ada satu benda yang pasti, tidak kisahlah siapa dia tetpi yang pasti, 'dia' sedang memerhatikan kita. Jika potongan-potongan ini bermaksud 'hello', pasti 'mereka' sedang menunggu balasan daripada kita. Daripada kita ada perang dengan 'mereka'. Dan jika 'mereka' boleh melakukan potongan-potongan itu dalam jangka waktu yang singkat, teknologi 'mereka' sungguh canggih dari kami punya. Jadi kami tidak boleh kacau-kacau potongan-potongan yang mereka sudah buat atau lakukan.
Lelaman web :

Wednesday, March 3, 2010

Perayaan yang ganjil (:







Perayaan Yang ganjil.

Anatra-antara perayaan yang ganjil di seluruh dunia adalah Noche de Brujas. Ia berlaku di Mexico. Noche de brujas boleh dikenali sebagai 'Ahli sihir malam'. Ini adalah tradisi di Mexico. Ia dimulakan 2000 tahun sebelum nya. Ia akan diadakan pada setiap Mac pada Jumaat yang pertama.Ia disambut kerana ingin menunjukkan pengharggan kepada tukang tilik, pawang dan mitos dan legenda pernah wujud di dunia ini. Dengan ini perayaan yang ganjil ini, generasi baru mereka akan tahu tentang tukang tilik, pawang dan mitos dan legenda. Mereka membuat perayaan ini supaya generasi baru dapat merasai apa yang berlaku pada masa-masa yang dulu. Bukan itu sahaja, orang-orang di negara yang lain juga akan dapat merasakan apa yang orang-orang di Mexico rasakan jika mereka ke Mexico pada waktu perayaan ini diadakan. Ini akan meluaskan pemikiran seseorang tentang sejarah-sejarah di Mexico.

Saya rasa perayaan ini sungguh ganjil kerana ini cuma dirayakan di Mexico sahaja. Di negeri lain, ia tidak dirayakan. Perayaan ini juga harus diteruskan supaya generasi-generasi yang akan datang akan dapat menimba ilmu tentang sejarah-sejarah mereka sendiri. (:

Hari Pertahanan Mutlak (:

Saya Akan.....



Saya akan menceburi dalam bidang 'Vampire'. Saya ingin memceta buku tentang 'Vampire'. Tidak lupa lah tentang pelajaran. Saya akan belajar lebih tekun dalam bidang inggeris dan sejarah 'Vampire'. Dengan ini, saya juga boleh menyumbang kepada ekonomi jika saya saya sudah jadi suksess nanti (:


Saya akan menasihati ahli keluarga saya agar mereka bergaul dengan bukan sahaja orang-orang mwlayu teteapi juga dengan kaum lain. Saya juga akan menyuruh ahli keluarga saya " buang yang keruh dan ambil yang jernih " kerana pernah sekali jiran cina kami membuang satu pasu bunga kami kebawa. Saya juga akan bilang mereka bahawa tidak semua cina di singapura jahat seperti jiarn kita (;


Saya akan membuat kawan dengan budak-budak berbilang bangsa kerana rakyat-rakyat Singapura percaya bahawa Singapura adalah negara yang harmonis. Jika rakyat-rakyat Singapura percaya akan prinsip itu, kenapa lah pula kita tidak bergaul dengan orang-orang yang berbilang kaum (:

Saturday, February 13, 2010

Gempa Bumi di Haiti.

Diantar Gempa Bumi yang paling dahsyat yang telah berlaku adalah di Haiti. Guncangan Gempa Bumi yang dhasyat telah meratakan sejumlah bangunan dengan tanah di ibu kota Port-Au-Prince. Guncangan Gempa Bumi yang berkekuatan awal 7 Richter selasa (12/01/2010) pada pukul 16:45 waktu setempat atau pukul 04:45 Rabu pagi WIB itu berpusat di sekitar 10 mil barat ibu kota haiti tersebut. Sebahagian penduduk Haiti lari berkeliaran kerana ingin menyelamatkan nyawa sendiri. Ada jugak yang berteriak atau memekik supaya mereka-mereka yang berdekatan dengan bangunan boleh menyelamatkan diri.

Setelah saya membaca artikel tersebut, saya rasa kasihan dengan penduduk-penduduk Haiti. Mereka seperti tidak ada nyawa lagi untuk menghidupkan Haiti lagi kerana Bangunan-bangunan yang terpenting telah pun rubuh. Saya pun tidak tahu bagaimana budak-budak kecil telah menjalani masa-masa yang sungguh menyiksa.

Saya sebagai seorang pelajar pun boleh ikut turut menyumbang kepada Haiti. Pada sebuah hari ini, Budak-budak di sekolah saya menjual ais cream untuk dijualkan. Wang-wang yang telah dikumpulkan akan didermakan untuk Haiti

Sekian, terima Kasih (: