Thursday, August 19, 2010

Karangan Deskriptif - Sambutan Hari Kebangsaan Di Sekolah.









Pada 06 Ogos 2010, sekolah kami menyambut hari Kebangsaan Singapura. Rakyat-rakyat Singapura akan menyambut Hari Kebangsaan pada setiap tahun. Kami menyambutnya kerana kami harus ingat bilakah Singapura mencapai kemerdekaan. Hari kemerdekaan ini sungguh penting kerana hari inilah, baru kami menjadi negeri yang merdeka. Pada awalnya, semua negara yang berdekatan dengan kami mempunyai fikiran bahawa Singapura tidak dapat bertahan selama beberapa tahun yang akan menjelang. Walaupun kami tidak mempunyai cukup sumber daya alam, semangat rakyat-rakyat Singapura tidak pernah musnah. Dengan ketua Singapura ynag sungguh berwawasan, sekarang Singapura sudah menjadi negara yang moden dan selamat.

Semua rakyat-rakyat Singapura akan menyambut Hari Kebangsaan Singapura pada setiap tahun. Mereka boleh menyambutnya dengan pelbagai-pelbagai cara. Ada yang pergi ke perbarisan yang telah dianjurkan oleh pihak-pihak ynag tertentu. Ada juga ynag menyambutnya di sekolah dan ada juga yang melihat perbarisan ini di televisyen dengan empat bahasa yang berlainan iatu Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Bagi saya, saya menyambutnya di sekolah. Malangnya, saya tidak dapat melihat perbarisan yang dijalankan oleh kumpulan-kumpulan yang berseragam seperti ' NCC, NCDCC, NPCC dan juga SAINT JOHNS ' kerana saya telah melibatkan diri dalam persembahan yang telah dipersiapkan oleh cikgu-cikgu kami. Walaupun saya tidak dapat melihat perbarisan itu, saya pasti mereka telah melakukan perbarisan itu dengan baiknya. Ketika mereka sedang mengadakan perbarisan itu, saya berada di sebuah bilik untuk menyiapkan diri untuk persembahan nanti. Rasa gembira meluap di dada saya kerana saya dapat mempersembahkan sebuah tarian untuk sekolah sempena Hari Kebangsaan.

Menengah satu dan dua sudah pun tiba di dewan untuk pertunjukkan yang akan diadakan oleh penari-penari dan penyanyi-penyanyi. Menengah tiga, empat dan lima pula sedang mengadakan permainan antara kelas seperti bola keranjang, bola kapten dan bola sepak. Bila tiba masanya untuk saya dan rakan-rakan untuk mempersembahkan tarian kami. Saya rasa sungguh ghairah pada masa itu. Setelah persembahan kami habis, menengah tiga, empat dan lima pula naik ke dewan untuk penyampaian hadiah yang akan diadakan. Walaupun kelas saya tidak memenangi sebarang permainan itu, saya tahu dan saya percaya bahawa kelas saya sudahpun cuba sedaya-upaya kami untuk memenangi permainan itu tetapi malangnya, kami tidak memenangi sebarang permainan itu. Setelah acara penyampaian hadiah, kami pun menonton sebuah filem tentang sejarah Singapura.

Ketika filem itu habis, saya rasa bahawa Singapura telah berjaya. Ketua-ketua Singapura telah pun bekerja keras untuk menghadapi cabaran-cabaran yang sungguh mencabar. Tanpa ketua-ketua ini, Singapura akan tetap jadi pulau nelayan sahaja. Selepas sahaja persembahan yang terakhir iatu acara menyanyi. Cikgu-cikgu pun suruh kami turun dewan dan balik. Semua yang telah mempersembahkan persembahan mereka, mereka harus letak kembali apa yang mereka gunakan. Selepas itu baru kami boleh pulang.

Saya rasa sungguh bangga untuk menjadi seorang rakyat Singapura kerana Singapura adalah negara yang harmonious. Singapura pun juga adalah yang selamat. Saya akan taat kepada Singapura, negaraku yang tercinta. (:

No comments:

Post a Comment