Thursday, August 12, 2010

Surat Kiriman Rasmi (:

Afiqah Binti Ramli
Blk 33, Jalan Mengkudu
#05-50
Singapura 330033

13 Ogos 2010

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap
20 Jalan Insaf
Singapura 780301

Tuan
Perkara : Rayuan agar perkhidmatan tidak dihentikan.
Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin membuat rayuan kepada syarikat anda. Syarikat anda telah menghentikan perkhidmatan bas yang selalunya melalui kawasan tempat tinggal saya. Saya rasa dengan perkara yang syarikat anda telah lakukan, ia telah mengundang banyak kesukaran kepada penduduk-penduduk disini. Ada beberapa sebab yang menimbulkan kesukaran ini.
Sebab yang pertama adalah kedai-kedai seperti pasar sebarneka dan pasar basah terletak jauh dari kawasan tempat tinggal saya. Tanpa perkhidmatan bus dikawasan tempat tinggal saya, ia menimbulkan masalah bagi saya dan penduduk-penduduk yang lain. Jika perkhidmatan bus ini diberhentikan, saya dan juga penduduk-penduduk di kawasan tempat tinggal saya akan ada kesukaran untuk sampai ke pasar-pasar tersebut. Ini juga akan menimbulkan perasaan yang tidak selesa.
Sebab yang kedua pula adalah jika perkhidmatan bus ini diberhentikan, pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan tidak dapat pergi ke sekolah tepat pada waktunya. Ini kerana jika perkhidmatan bas diberhentikan. Pelajar-pelajar harus pergi sekolah dengan menaiki teksi. Tambang teksi juga mahal harganya. Lagi-lagi jika pelajar itu sekolah jauh dari kawasan tempat tinggal mereka. Pelajar-pelajar ini juga harus bangun pagi-pagi untuk mendapatkan teksi pada pagi hari kerana dikawasan tempat tinggal mereka sukar untuk mendapatkan teksi.
Sebab yang terakhir pula adalah jika seseorang itu bekerja di tempat kawasan tinggal saya, mereka juga akan mendapat kesukaran. Jika mereka menaiki bas, mereka harus turun jauh dari kawasan tempat tinggal saya dan harus jalan jauh. Jika mereka pulang dari kerja, mereka juga harus jalan jauh untuk menaiki bus. Mereka akan berasa lebih penat kerana harus jalan lebih jauh dari yang biasanya. Jika orang tua yang bekerja di kawasan tempat tinggal saya, bagaimanakah dia akan jalan jauh untuk ke kerjanya.
Akhir kata, saya harap Tuan mengambil berat tentang rayuan saya agar ia boleh membawa kesenangan kepada semua penduduk-penduduk yang tinggal di Jalan Mengkudu. Saya juga berharap Tuan akan menyambung semula Perkhidmatan Bas Cekap. Jika Tuan mempunyai sebarangan pertanyaan, Tuan boleh menghubungi saya di talian 91206763. Terima Kasih.
Yang benar,
AFIQAH Ramli.
(Afiqah Binti Ramli)

7 comments:

  1. Isinya agak baik tetapi bahasanya kurang baik. Ada perkataan-perkataan yang telah diterjemahkan dari bahasa Inggeris dan ia kurang menunjukkan makna.
    Lagipula, ada perkataan yang diulang dalam ayat itu. Contohnya:
    '' Pelajar-pelajar ini juga harus bangun pagi-pagi untuk mendapatkan teksi pada pagi hari kerana dikawasan tempat tinggal mereka sukar untuk mendapatkan teksi. ''

    ReplyDelete
  2. Isi yang ditulis amat baik. Namun, ada diantara perkataan-perkataan yang digunakan dalam surat kiriman ini telah disalah gunakan. Ini mungkin kerana dia menggunakan pemahamannya dalam bahasa Inggeris dan kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa Melayu pula. Walaupun begitu,saya rasa bahawa dia telah melakukan yang terbaik dalam surat kiriman ini.

    ReplyDelete
  3. Isi yang baik , dia telah menonjolkan perkara dan sebab yang tertentu. Bahasa yang kurang baik kerana ada ayat yang sepatutnya menjadi soalan , tetapi dia tidak meletakkan tanda soalan di ayat tersebut. Seperti,

    ".. bagaimanakah dia akan jalan jauh untuk ke kerjanya."

    Akhir katanya yang agak baik kerana dia telah memberi maklumat untuk pengirim itu menanyakan apa-apa soalan yang ingin dikatakan.

    ReplyDelete
  4. Secara kesuluruhannya semua baik tetapi bahasa kamu dan struktur ayat kamu itu...agak..'berterabur' sedikit *-) sepertinya, ia agak 'jumbled up' dan kamu itu sebenarnya saya boleh dapat lihat banyak isi dan points yang kamu boleh keluarkan tetapi kamu hanya berkata tentang point itu dan tidak jelaskan apa puncanya atau apa yang boleh dikatakan tentang point itu seperti alasan kamu atau apa-apa. Dan cara kamu menghabisi surat kamu ini agak sedikit mendadak. Kamu boleh memperbaikinya lagi.

    ReplyDelete
  5. Feenah , isi awak banyak dan menerangkan makna . Bahasa awak juga agak baik . Tetapi ada beberapa ayat yang awak mengulang balik faktanya . Formatnya betul ! Itu saja .

    'FyqahSeweL;)

    ReplyDelete
  6. Secara keseluruhan ianya bagus. Tetapi banyak perkataan yang diulangkan di dalam surat ini. Itu yang harus awak perbaiki yeer shahfinah((:

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete